Saturday, May 2, 2015

Sejarah Manik Sarawak.

Sarawak telah wujud sejak zaman purba lagi. Sejak itu, manik-manik batu dan gelas dari pelbagai pelosok dunia digunakan dalam sistem perdagangan, penilaian dan upacara adat istiadat di Kepulauan Borneo. Manik kini mungkin dianggap tidak lagi begitu penting di dalam adat istiadat dan upacara, namun ia masih dipakai sebagai perhiasan dengan baju tradisional dan aksesori fesyen. Tidak hairanlah jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan. Manik juga pernah digunakan sebagai mata wang, hantaran perkahwinan, perhiasan diri dan barang-barang yang digunakan untuk tujuan pengebumian. Di samping itu manik juga boleh digubah menjadi pengendong bayi atau ba, beg tangan, alas tempat duduk,topi dan perhiasan-perhiasan lain.  Kali nie saya memilih suku kaum yang ada di sarawak iaitu Kenyah @ dikenali Orang Ulu.

No comments:

Post a Comment